Monday 28 March 2011

GTP - Program Transformasi Kerajaan

Oleh : R.Z Sanusi


Perdana Menteri bersama seluruh ahli kabinet meraikan dan melancarkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi tahun 2010 di Stadium Bukit Jalil di hadapan kira-kira 7000 rakyat daripada pelbagai kaum.

Majlis bertemakan “ Malam Transformasi Bersama Rakyat: Untukmu Malaysia “ menyaksikan pelaksanaan sejak setahun lalu berjaya hasil daripada Agenda Berani yang didukung oleh pasukan pentadbir yang mahu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu berkait rapat dengan keputusan kerajaan menetapkan Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

NKRA tersebut adalah:
1. Mengurangkan Jenayah
2. Memerangi Rasuah
3. Membaiki Pencapaian Pelajar
4. Isi Rumah Berpendapatan Rendah
5. Infrastruktur Asas Luar Bandar
6. Pengangkutan Awam Bandar
Antara pencapaian tersebut ialah:
1. Indeks jenayah turun 15%, indeks jenayah jalanan turun 35% .
2. Memerangi rasuah, pengubalan akta perlindungan pemberi maklumat selain tindakan yang diambil oleh suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia(SPRM) terhadap kes rasuah yang berjaya meningkatkan keyakinan rakyat.
3. 700,000 kanak-kanak memperolehi manfaat daripada lebih 1,500 kelas prasekolah.
4. Berjaya menurunkan 99.8% golongan miskin tegar.
5. Mengubah kehidupan 2 juta rakyat dalam bidang meningkatkan infrastruktur luar bandar.
6. Peningkatan penumpang transit aliran ringan (LRT) yang kini berjumlah 2.43 juta orang dan peningkatan 19.2 % penumpang bas transit lebuh raya (BET).
7. Laporan tahunan itu dilancarkan bertujuan member maklumat serta informasi kepada rakyat mengenai perkembangan dan pencapaian enam NKRA itu.
8. Selain itu, laporan tersebut juga turut menerangkan perancangan kerajaan dalam enam bidang utama itu pada masa hadapan serta usaha membawa Negara merealisasikan hasrat mencapai status Negara maju menjelang 2020.


Tugas dan tanggungjawab utama memimpin dan menyelia Program Tranformasi Kerajaan (GTP), pada masa akan datang sehingga tahun akhir pelaksanaannya pada tahun 2012 akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tranformasi yang dilakukan kerajaan sekarang ini perlu dipertingkatkan dan kita mesti bersedia menjalankan perubahan dan pembaikan yang bermakna – bukan superficial. Lebih penting adalah transformasi dalaman. Kita sepatutnya mewujudkan ekonomi lebih cekap tetapi pada masa yang sama memberi taraf hidup yang baik kepada rakyat .

Isu subsidi dan harga barang, peranan sektor swasta dalam menjana kegiatan ekonomi ,peranan kerajaan ,suasana pelaburan untuk menggalakkan,mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang baik, ketulusan dan polisi pekerja asing adalah antara isu-isu tranformasi yang perlu diperincikan.

Dalam mengejar dan meneruskan Program Transformasi Kerajaan ini , yang mana setelah Perdana Menteri menyerahkan kepada Timbalannya, adalah amat diharapkan agar dapatlah Perdana Menteri memberikan sedikit tumpuan masanya kepada isu ekonomi bumiputera yang masih belum selesai.

Model Baru Ekonomi telah mencadangkan pendekatan baru untuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta inisiatif baru seperti Teraju dan Ekuinas adalah langkah baik dan berinovatif untuk meningkatkan kejayaan bumiputera dengan syarat dilaksanakan dengan baik dan mencapai sasaran .

Bagaimanapun isu lebih asas dan lebih besar seperti peranannya membangunkan ekonomi bumiputra yang juga akan membangunkan ekonomi Malaysia perlu dibincangkan lebih mendalam.

Golongan masyarakat pertengahan yang merupakan majoriti rakyat Malaysia sekarang ini, juga perlu diberikan perhatian, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di bandar. Golongan professional ini di dalam masyarakat pertengahan berpendapatan rendah dengan keperluan yang tinggi seperti perumpamaan “ Susah orang susah tak sama dengan susah orang senang “.

Sistem peningkatan gaji berasakan produktiviti telah lama dicadangkan tetapi perlaksanaannya perlu lebih jelas dan efektif.Mungkn ada mekanisme khas untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk memperolehi gaji berpatutan. Isu masyarakat golongan pertengahan ini penting kerana ia berkaitan dengan peningkatan kos kehidupan dan usaha untuk taraf hidup minimum. Pada masa sama, kita patut memikirkan implikasi menjadi Negara Berpendapatan Tinggi kerana akan mengakibatkan ekonomi yang berkos tinggi.

Perdana Menteri juga mestilah berani sebagaimana beraninya ‘Agenda Berani’ untuk menggunakan rezab Negara yang diumumkan oleh Gabenor Bank Negara yang telah mencecah RM 350 Billion untuk digunakan bagi mencernakan Ekonomi Negara yang kadang-kadang kelihatan tidak bermaya. Mungkin kecairan RM 70 Billion boleh menggerakkan ekonomi dalaman.

Walaubagaimana pun TAHNIAH buat Perdana Menteri yang telah dapat menghapuskan mainan pembangkang yang bermain dengan singkatan NKRA- “ Najib Kerja Rosmah Arah “ . Bravo…

Thursday 24 March 2011

Rakaman video adengan seks : Siapa pasang perangkap? Siapa kena perangkap?

Oleh : RZ. Sanusi
Dalam perkembangan yang mengejutkan dan mengelirukan semalam, ahli perniagaan Dato Shazryl Eskay Abdullah, Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bendahari PERKASA Dato Shuib Lazim mengakui mereka ialah  TRIO “Dato T” yang terlibat mendedahkan rakaman video seks lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di percayai pelacur dari negera China.
Pendedahan kumpulan Dato T adalah ekoran daripada sidang akhbar di ibupejabat PKR oleh wakil rakyat Datuk Johari Abdul dalam cubaan untuk memujuk beliau dan lima lagi wakil rakyat PKR untuk keluar parti iaitu Datuk Kamarul Bahrin Abas (Teluk Kemang), Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) dan AmranAbdul Ghani ( Tanah Merah)
Johari  Abdul menyatakan di dalam sidang akhbar semalam, mereka telah ditayangkan video seks tersebut oleh Eskay yang turut dihadiri oleh Abdul Rahim Tamby Chik di sebuah hotel di Ampang yang mana program itu telah diaturkan oleh bapa saudaranya  Shuib Lazim. Sepanjang  tayangan itu Johari mengatakan Eskay dan Rahim berkali-kali memberi komen bahawa watak dan gaya serta sifat susuk watak utama menyerupai DSAI
Mengikut  Johari adalah amat mustahil untuk mengenal pasti lelaki di dalan klip video kerana footage-nya agak gelap dan wajah pelaku lelaki tersebut tidak jelas dan beliau yakin lelaki misteri itu pastinya bukan DSAI. Keadaan susuk tubuh pelaku lelaki tersebut menguatkan keyakinanya bahawa si pelaku bukan DSAI, tambah Johari lagi.
Di dalam sidang akhbar lain, di sebuah hotel Jalan Pinang KL semalam, Eskay membuat kenyataan 100% yakin si pelaku di dalam footage video itu adalah DSAI kerana buktinya gambarnya turut ada di dalam footage video itu. Apabila ditanya sama ada beliau menyaksikan adegan pengambaran seks tersebut, Eskay menjawab akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
Eskay juga beberapa kali menekankan bahawa DSAI adalah kawannya yang akrab, dan telah bosan kerana selalu diperalatkan  serta telah sampai masanya cukup adalah cukup.
Meminjam kata-kata Parpukari,
Siapa Datuk T? (siapa Eskay)  Khabarnya, Datuk T (Eskay) merupakan seorang individu yang telah mengambil alih tempat dan tugas Datuk Nallakaruppan yang telah meninggalkan Anwar tahun lepas. Siapa Nalla? Datuk Nalla adalah bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun dan menjadi “balaci” kepada “peliwat” itu selama perkenalan mereka.
Apa tugas Datuk Nalla? Selain menemani Anwar bermain tenis setiap hari, Nalla mempunyai “tugas-tugas khas” yang berbentuk sulit. Untuk butiran lebih jelas tentang tugas-tugas tersebut, bolehlah bertanya kepada adik perempuan Nai Presiden PKR, Azmin Ali, atau sila teruskan bertanya kepada Datuk Nalla sendiri.
Berikut adalah beberapa andaian dan analisa  sandiwara seterusnya :
  1. Adalah amat hairan sekali, Eskay boleh berubah dan bertaubat hanya kerana terjumpa wayar berselirat dan kamera CCTV, bukan kerana terjumpa Tok Guru.
  2. Eskay tidak jujur dan mempunyai hidden agenda yang disutradarakan dan diskripkan oleh DSAI sendiri.
  3. DSAI sebenarnya sedang desperate yang amat sangat menghadapi kes perbicaraan di mahkamah.
  4. Mengheret Rahim yang mempunyai sejarah hitam dengan DSAI akan menambahkan realiti konspirasi. Rahim dan Shuib diperalatkan.
  5. Suruhanjaya kalau ada, pihak polis atau mahkamah sekiranya diperbicarakan kes ini dan orang ramai setelah footage video ini tersebar mendapati si pelaku comfirm bukan DSAI.
  6. Sememangnya bukan DSAI.
  7. Kempen komplot DSAI berjaya mendapat simpati rakyat dan masyarakat antarabangsa.
  8. Konspirasi untuk menjatuhkan DSAI, persepsi menjadi reality.
  9. Kalau DSAI disabitkan dalam kes Saiful akan ada long march.
  10. Egypt in the making.
  11. End of BN.
  12. Persoalannya siapa kena perangkap?
  13. Siapa kena perangkap? Siapa pasang perangkap?